Monday, February 2, 2009

Produk Kami

Produk kami adalah minuman berkarbonat kurang gula, kurang gas, lebih sihat, AIRIS TM.


AIRIS TM sesuai diminum oleh semua peringkat umur kerana kandungan gulanya yang sangat rendah jika dibandingkan dengan yang telah ada dipasaran. Gula adalah berkadar langsung dengan jumlah gas atau karbonat (CO2) dalam mana-mana minuman berkarbonat.


Kurang Gula, Kurang Gas, Lebih Sihat!





Salinan bukti fakta nutrisi yang telah dikeluarkan oleh penyelidik makanan bertauliah. Para pembaca boleh bandingkan jumlah gula (total sugar) Airis TM dengan jumlah gula produk lain dengan meneliti jadual pemakanan (nutrition facts) pada label.







Buat masa ini, kami mengeluarkan tujuh jenis perasa yang istimewa. Kesemuanya mengandungi kadar pewarna yang sangat rendah; tidak meningglkan sebarang kesan pada lidah. Tujuh perasa tersebut termasuklah (gambar atas dari kiri) Soda, Anggur, Oren, Epal, Buahan, Strawberi, dan Kola.




Antara pasaran sasaran utama kami adalah kanak-kanak. Ini untuk membiasakan mereka dengan minuman berkarbonat alternatif yang terjamin 100% halal, keluaran sepenuhnya pengusaha Islam, dan mempunyai kandungan gula yang jauh lebih rendah dengan jenama yang tersedia di pasaran. Perlu diingatkan bahawa, kanak-kanak sensitif dengan gula. Lebih gula, lebih hyperaktif perilaku mereka.

Di atas merupakan pembotolan kreatif dengan isipadu 300ml, Airis Dora yang digunakan untuk kanak-kanak terutamanya murid pra sekolah dan sekolah rendah. Dengan lima warna yang menarik, rasa yang sedap, dan harga yang kompetetif, semestinya pilihan mereka. (Gambar atas dari kiri) Epal, oren, buahan, strawberi, dan anggur.



Airis Mini (340 ml) merupakan pembotolan yang disasarkan untuk pasaran sekolah rendah, sekolah menengah, dan mana-mana institusi pendidikan termasuklah kolej matrikulasi, institut kemahiran, dan kolej. Dengan harga yang sangat ekonomi, dan rasanya yang sedap, sambutannya sangat menggalakkan.

(Gambar atas dari kiri) Kola, Oren, Buahan, Strawberi, Epal, Soda, dan Anggur.




Airis Besar (1.25 l) merupakan rebutan terutamanya dimusim perayaan. Kekuatan utamanya adalah harga yang jauh lebih murah daripada yang terawal dipasaran tetapi rasanya yang hampir setara dengan jenama terkenal. Didatangkan khas dalam tujuh perisa istimewa, ia merupakan antara killer product untuk mana-mana pasaran institut pengajian tinggi.



"Harga murah, isipadu sama, rasa boleh tahan. Siapa tak mau!"




Sebarang kemusykilan, atau Airis TM tiada di tempat anda, terus hubungi kami di talian


013 - 37 019 07




Sokonglah Produk Orang Kita.

No comments: