Monday, February 2, 2009

I-Fest , Mid Valley Exhibition Center, Kuala Lumpur

Islamic Festival ataupun nama singkatannya I-Fest 2009 telah berlangsung pada 22 hingga 26 Januari bertempat di Mid Valley Exhibition Centre. Dianjurkan oleh YaPEIM sebagai kesinambungan dari Kongres Ekonomi Islam ke-3 (KEI 3), ia bertujuan untuk menaikkan imej produk muslim IKS dan memberikan pendedahan yang maksima terhadap potensi pasarannya.
Pada kami, objektif tercapai.

Kami didekati beberapa pihak yang berminat untuk:
  1. Menjadi pengedar ekslusif Airis TM untuk kawasan penempatan mereka. Termasuklah untuk mengedar di negeri mereka.
  2. Berminat untuk membawa Airis TM ke pasaran luar negara terutamanya Dubai dan UAE. Tetapi kami masih dalam peringkat penelitian.
  3. Berminat untuk menggunakan teknologi dan kepakaran kami untuk menjalankan pengilangan berkontrak (contract manufacturing @ OEM) termasuklah penjenamaan semula dan pembungkusan berpiawai.
  4. Ditemuramah oleh beberapa pihak akhbar dan majalah tempatan. Ini secara tidak langsung menjadi promosi kepada pihak luar.
  5. Mendapat peluang mempromosikan Airis TM di program seumpama ini di tempat lain, dan medium berbeza termasuklah media massa elektronik.
  6. Menjalin hubungan dengan usahawan lain.
  7. Memperoleh maklumat tambahan dari agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Dan banyak lagi. Apapun, enjoy the pics!

Booth 2083 : Global Airis Resources
Ada lima orang kuat yang menjayakan operasi Airis di I-Fest. Kelihatan saudara Hairul Nizam dan saudara Rizal (membelakangi kamera). Tiada dalam gambar; saudara Fathi Akmal, saudari Fuziah Hanim, dan saudara Zulfahmi.

Airis TM 1.25 liter di hadapan pintu masuk utama Mid Vallley Exhibition Centre (MVEC). Simbolik fokus pasaran yang sudah keluar dari kepompong.

Kelihatan saudara Zuwairi, Pengarah Urusan Global Airis Resources, memberi penerangan tentang kadar gula yang sangat kurang didalam produk Airis TM kepada Dato' Dr Mashitah Ibrahim. Terima kasih diatas lawatan dan masa Dato'.


Gambar di bawah merupakan turutan sesi penerangan oleh Md Zuwairi Md Safar, pengarah Urusan Global Airis Resources, tentang kebaikan produk Airis TM yang kurang gula, kurang gas, dan lebih sihat, kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim, Ketua Eksekutif Johor Corporation, dan VIP yang sudi meluangkan masa singgah di booth Global Airis Resources.




Dikesempatan ini, Airis TM dan ahli keluarga Global Airis Resources, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan dan warga kerja YaPEIM diatas peluang yang sangat berharga ini, terutamanya Pengurus Projek, En. Husin Masngot. Begitu juga kepada pihak MARA yang telah membantu dari segi kemudahan yuran booth. Tidak lupa juga kepada sahabat usahawan yang baru dikenali di I-Fest, termasuklah, D'Kawi Chocolate, Azniza Cookies, Marvel Cakes, dan Otak-otak Gombak. Dan yang penting, kepada semua pengunjung yang sempat membeli dan menikmati kesegaran produk Airis TM.

Jutaan terima kasih.

2 comments:

The Colours Cottage said...

weh aku rasa aku nmpk booth ni masa kat MVEC. aku jaga booth kakak aku. aku rasa aku ada beli air airis nih..hebat nyer ko! Selamat maju jaya!!

Administrator said...

Terima kasih!