Wednesday, November 5, 2008

Sua Rasa TV9 pada 1 & 2 November 2008.

Kami telah dijemput untuk memeriahkan Karnival Sua Rasa TV9. Di bawah merupakan sedikit sebanyak gambar ketika mempromosikan produk kami di sana.




Saudara Halim (berbaju merah), Encik Sufian (berkemeja putih), dan Saudara Hamzah diawal pagi hari pertama. Cuaca cerah dan menggalakkan pengunjung datang.


Encik Sufian yang sporting dan supportive. Beliau merupakan Pegawai MARA Daerah Muar dan telah ditugaskan sebagai Pengurus Projek bagi Sua Rasa TV9 ini. Beliau telah berjaya menjalankan tugas dengan sangat baik meskipun masa yang diberikan agak suntuk.


Kelihatan antara stok yang telah kami bawa dan susun sempena Karnival Sua Rasa TV9 ini. Susunan karton yang memanjang membentuk Tembok Besar China.

Pelanggan tertarik untuk mencuba minuman berkarbonat kami yang kurang gula dan kurang gas. Ini lebih sesuai dan selamat diminum terutamanya untuk kanak-kanak dan mereka yang mementingkan kesihatan. Harga promosi yang kami tawarkan berjaya menarik minat mereka.
Terima kasih.

No comments: