MARKETING EXECUTIVE SEPENUH MASA DIKEHENDAKI SEGERA.
Bidang tugas:
1) Merangka dan melaksanakan strategi-strategi mempromosi produk Global Airis Resources secara berterusan kepada umum.
2) Mempromosikan produk keluaran Global Airis Resources dimana-mana premis seperti di tapak ekspo Sua Rasa TV9.
3) Memperkenal dan mengambil pesanan dari pelanggan.
4) Mengumpul pesanan, membuat kiraan, dan menyerahkannya kepada bahagian penghantaran supaya diambil tindakan selanjutnya.
*Peringatan:
Perlu ditekankan disini, Marketing Executive cuma memperkenalkan dan mengambil pesanan dari pelanggan. TIDAK perlu menghantar kepada pelanggan tersebut.
Ini bertujuan supaya Marketing Executive:
1) Lebih fokus untuk mengejar target mingguan atau bulanan.
2) Tidak perlu memikirkan apa-apa tentang medium penghantaran, kerosakan lori, atau cuaca.
3) Lebih mudah dan pantas bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Pemberian gaji:
Buat masa ini, gaji berasaskan tiga bahagian.
1) Gaji pokok = RM 300
2) Komisyen = RM 1.50 sekarton
3) Insentif dan bonus = bergantung pada prestasi semasa.
Berdasarkan pengalaman kami, gaji sebulan berkemungkinan besar dianggarkan sebanyak RM 2000 hingga RM 3000 sebulan.
Pada hari-hari biasa, lingkungan 50 karton diturunkan sehari kepada kedai runcit, restoran, dan warung-warung. TIDAK TERMASUK SEKOLAH atau HARI PERAYAAN. Ini peluang yang sedang kami usahakan menjelang sesi persekolahan tahun 2009. Pengalaman sebelum ini, sebuah kantin sekolah rendah di kampung berupaya menjual 5 karton sehari. Kekangannya hanyalah waktu persekolahan yang singkat (antara jam 7 pagi hingga 1 tengah hari) untuk kami membuat penghantaran.
Kelayakan:
1) Berminat.
2) Sanggup kerja lebih masa.
3) Mahu berubah.
Berminat? Sila hubungi 013 37 019 07.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment